sejak akhir2 nie,mumy slalu cram kaki waktu pagi..kdg2 skt sgt,kena rest dlu,dh ok bru bgn..dady urut2 kaki,bru ok...kami search kt intrnt..rupenya mmg mslh biase bg preggy woman..jd,sbr ye...nie ade sket info,utk kite share sesame..
pagi2 kaki kejang |
MASALAH KEKEJANGAN OTOT
Kekejangan otot kaki juga berlaku pada wanita hamil. Ia dirasai pada umur kehamilan pada trimester kedua apabila rahim semakin membesar. Kaki yang penat membawa lebihan berat akan mudah untuk mendapat kekejangan.
Tekanan rahim yang membesar pada saluran darah juga mengganggu perjalanan darah ke kaki di samping memberi tekanan pada saraf ke kaki.
Bagi wanita yang hamil dinasihatkan agar tidak berdiri atau duduk sambil menyilang kaki terlalu lama. Selalulah merenggangkan otot kaki pada waktu siang dan sebelum tidur. Gerakkan sendi pergelangan kaki dan sendi jari kaki ketika sedang duduk menonton TV, makan malam atau duduk berbual.
Cuba berjalan pada jarak yang dekat kecuali dinasihatkan untuk tidak berbuat demikian oleh doktor atau jururawat bidan. Jika kepenatan dan mahu berbaring, cuba berbaring ke sisi kanan untuk mengelakkan tekanan kuat rahem pada saluran darah dan saraf.
Pastikan cukup minum air. Jika kekejangan pernah berlaku dan bimbang ianya berlaku semula, boleh mandi dengan air panas sebelum tidur. Atau sekurang-kurangnya meletakkan tuala panas pada kaki sebelum tidur. Ini membantu otot kaki untuk rehat.
(mumy amek kt sini: http://drzubaidi.com/blog)
No comments:
Post a Comment